Tuesday 7 July 2015

AGEN TOPUP DENGAN BAYARAN PENDAFTARAN SANGAT RENDAH

Jom jadi agen topup..   






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada yang ingin menambah pendapatan sampingan bolehlah mendaftar sebagai agen topup. Pada yang tidak.. boleh juga untuk kegunaan sendiri.


Dengan mendaftar sebagai agen, anda akan mendapat potongon peratus keuntungan. Sebagai contoh :


Topup Celcom RM 10.00

Anda jual Topup bernilai
= RM 10.00

Peratus Keuntungan
= 4.2 %

Modal                                                       
=  RM 100.00

Jumlah syarikat akan tolak                     
dari modal anda                                      
=   RM 10.00 – ( 4.2% x 10.00 )
     iaitu RM 9.58

Baki modal  menjadi      
RM100 (MODAL) - RM 9.58
=  RM 90.42

jadi keuntungan anda  42 sen sudah berada di dalam modal anda. 

keuntungan terus dapat bila customer bayar pada anda.



BERIKUT ADALAH PERATUS KEUNTUNGAN TOPUP

Jenis
Peratus
Celcom
4.2 %
Maxis
3.2 %
U Mobile
4.8 %
XOX
6.5 %
Digi
3.2 %
Tunetalk
5.0 %

Dan pelbagai lagi jenis telco..


Berminat menjadi agen

YURAN PENDAFTARAN HANYA RM 20.00
MODAL MINIMUM RM 100.00 ( optional – anda boleh terus jual )


Berminat sila whatapps/ mesej di no 0125471536

Tuesday 23 June 2015

Grill Chicken With Black Pepper Sauce

Salam Ramadhan...
Hari ni hari ke 7 Ramadhan.. mesti pelbagai menu dah dicuba..kan?. Hari ni saya nak kongsi resepi Chicken Chop yang saya baru buat semalam. Saya pun dah tak ingat dari mana dapat resepi ni.. tapi adalah saya tambahkan dengan resepi yang saya belajar dari kawan - kawan jugak. Alhamdulillah menjadi.. dan sedap sangat. Anak - anak pun mintak buat lagi.. 
Yang bestnya bahan - bahan ni kita beli sekali..boleh buat berkali - kali. Jimat kan?.. jadi jom cuba resepi ni..
Grill Chicken With Black Pepper Sauce

Bahan-bahan Chicken Chop:
4 keping dada ayam tanpa tulang
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram dan kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia (tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah dan satu sudu kecil olive oil

Cara-cara Chicken Chop:
  1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
  2. Cucuk sedikit bahagian yang ada isi dengan garfu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
  3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam. Tapi lagi enak jika ayam diperap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging.
  8. Bakar daging sehingga masak, gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
Bahan - Bahan Coslow

1/4 Kubis ( Size Sederhana ) - Potong halus
1  Lobak Merah - potong halus
3-4 Sudu Mayonis
1/4 gelas air gula

Cara- cara sedia Coslow

1. Campurkan kubis, lobak merah bersama. masukkan mayonis dan gaulkan sebati.
2. Masukkan air gula dan gaulkan sebati. Siap untuk dihidangkan.


Bahan-Bahan Sos Black Pepper:
1 labu bawang besar holland kuning dicincang halus
4 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram dan kicap manis
4 sb sos lada hitam dan 2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sudu besar mentega


Cara-Cara Sos Black Pepper:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan), tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (tidak perlu dibancuh dengan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air dan kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau). Masukkan kiub ayam.
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap. Kacau sebati.dan kalau kuah anda pekat sangat tambah sedikit air. Masukkan oregano dan renehkan sebentar
  6. Tambah perasa jika kurang dan hidangkan bersama coslow dan juga chicken chop.

Dia Isteri Luar Biasa

Assalamualaikum semua..


Ini merupakan entry pertama saya..Actually saya tak tahu apa nak share untuk kali pertama. Tetiba terfikir untuk bercerita mengenai drama yang tengah tayang di slot tv3 sekarang ini....Dia Isteri Luar Biasa.. best dan sweet sangat. Semakin lama saya mengikuti episod kisah "Dia Isteri Luar Biasa".. semakin seronok untuk mengetahui episod seterusnya.


Jom kita saksikan bersama drama ini di slot tv3.. Isnin hingga Khamis jam 6.55ptg..;)...........