Salam Ramadhan...
Hari ni hari ke 7 Ramadhan.. mesti pelbagai menu dah dicuba..kan?. Hari ni saya nak kongsi resepi Chicken Chop yang saya baru buat semalam. Saya pun dah tak ingat dari mana dapat resepi ni.. tapi adalah saya tambahkan dengan resepi yang saya belajar dari kawan - kawan jugak. Alhamdulillah menjadi.. dan sedap sangat. Anak - anak pun mintak buat lagi..
Yang bestnya bahan - bahan ni kita beli sekali..boleh buat berkali - kali. Jimat kan?.. jadi jom cuba resepi ni..
Grill Chicken With Black Pepper Sauce
Bahan-bahan Chicken
Chop:
4 keping dada ayam tanpa tulang
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram dan kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia (tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah dan satu sudu kecil olive oil
Cara-cara Chicken Chop:
- Bersih ayam dan lap
dengan kitchen towel.
- Cucuk sedikit bahagian yang ada
isi dengan garfu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
- Lumurkan kepingan ayam dengan
kiub ayam lada hitam dan lada sulah
- Gaulkan pula dengan sos tiram
dan kicap manis.
- Akhir sekali gaulkan daging
dengan bahan tumbuk.
- Letakkan sedikit olive oil
supaya daging tak kering
- Perap daging paling kurang
selama 1 jam. Tapi lagi enak jika ayam diperap semalaman supaya segala
bahan perapan meresap ke dalam daging.
- Bakar daging sehingga masak,
gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
Bahan - Bahan Coslow
1/4 Kubis ( Size Sederhana ) - Potong halus
1 Lobak Merah - potong halus
3-4 Sudu Mayonis
1/4 gelas air gula
Cara- cara sedia Coslow
1. Campurkan kubis, lobak merah bersama. masukkan mayonis dan gaulkan sebati.
2. Masukkan air gula dan gaulkan sebati. Siap untuk dihidangkan.
Bahan-Bahan Sos Black Pepper:
1 labu bawang besar holland kuning dicincang halus
4 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram dan kicap manis
4 sb sos lada hitam dan 2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sudu besar mentega
Cara-Cara Sos Black Pepper:
- Cairkan mentega ke dalam periuk
(sauce pan), tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai
garing)
- Masukkan lada hitam yang
ditumbuk kasar, tumis sekejap.
- Masukkan tepung gandum (tidak
perlu dibancuh dengan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
- Masukkan air dan kacau sebati
(guna hand whisk lagi senang nak kacau). Masukkan kiub ayam.
- Masukkan sos lada hitam,sos
tiram dan kicap. Kacau sebati.dan kalau kuah anda pekat sangat tambah
sedikit air. Masukkan oregano dan renehkan sebentar
- Tambah perasa jika kurang dan
hidangkan bersama coslow dan juga chicken chop.
Wah, ada resepi chicken chop... Nanti nak try...
ReplyDeletemcm senang jer... kana try nanti nih.. hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum.. salam perkenalan.. sedap tu..
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. alhamdulillah.. harap suka resepi ni.. salam perkenalan jugak. Baru nak berjinak - jinak..😆
ReplyDeleteRaya hari tu buat open house dak?
ReplyDeletealamak zumal.. lama sangat tak bukak blog.. haha
Delete